Tuesday, March 2, 2010

Jom Zakat Jom

Harini saya terima surat dari PZM-Pusat-Zakat-Melaka
Sebelum ini, saya memang ada bercadang untuk menambah potongan gaji zakat saya; ..tapi dok busy ja
PZM telah memudahkan cara; saya hanya perlu mengisi borang dan menghantar semula menggunakan sampul surat yang disediakan tanpa menggunakan setem. 


"Kempen Menambah Caruman Zakat Melalui Potongan Gaji"
sungguh efisyen kaedah ini, sekurang2nya saya lebey lega kerana duit gaji yang saya terima dizakatkan secara automatik.. almaklumlah saya ni kadang2 'kaki ngular' gaks; so dengan membayar zakat-mohon padaNya disucikan mana2 yang 'berdebu' itu huhuhu

Disertakan kaedah pengiraan Zakat(hanya yang berkaitan) untuk rujukan kita bersama:
source: resit dari PZM
1)  Zakat Pendapatan/Penggajian: Ada beberapa kaedah; 2.5% dari pendapatan kasar.
 
untuk jadual di atas (sumber: e-zakat): jumlah zakat yang wajib dibayar untuk senario di atas adalah [RM17,200 X 2.5% = RM430]
jadi dengan andaian nilai yang sama untuk tahun berikutnya;
jadi bayaran zakat melalui potongan gaji hanya RM430/12 = RM36 sebulan.
sebenarnya kalau tak pasti, boleh tambahkan lagi bayaran sebulan zakat tu! biar terlebih; berbaloi2 untuk pelaburan di akhirat! InsyaAllah :)

2) Zakat Wang Simpanan:
A. Simpanan Tetap: - apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (iaitu lebih dari nilai 85gram emas); maka wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tersebut. [anggaran nilai nisab setakat feb2010: 85g X RM125= RM10,700]

B. Simpanan Biasa: - pengiraan adalah berdasarkan jumlah baki terendah sesuatu/beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun.

3) Zakat KWSP:
ada 2 kaedah pengiraan:

i) 2.5% atas KWSP yang dikeluarkan samada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan lain sebelum bersara.
ii) 2.5% atas KWSP bagi setiap pekerja berdasarkan penyata tahunan

4) Zakat Saham:
kaedah Pengiraan:
2.5% atas nilai terendah bagi semua saham yang dimiliki dalam tempoh setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham dan melebihi kadar nisab (RM10,000++)

nota kaki: sedang cari maklumat berkaitan 'Hukum dividen ASB'

No comments: