Saturday, March 27, 2010

UT Cash Investment with PM

UT - UnitTrust/UnitAmanah
PM - PublicMutual

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana untuk memulakan pelaburan tunai UT dengan PM?
Untuk pelaburan EPF sila rujuk entry ini.
Jadi saya cuba ringkaskan penerangan mengenai pelaburan tunai UT dengan gambar rajah ini:


Disini, saya lebih galakkan investor untuk memiliki account di PublicBank untuk kelancaran/memudahkan transaksi pelaburan tambahan/pengeluaran pelaburan pada masa hadapan :)

~wah sangat usaha saya buat rajah ini yer ;)

A10tion || Apex Dividend

This entry dedicated to Apex-Investor only:
Apex-$ervices SdnBhd will declare dividend for their Apex Fund Al-Sofi-i during first week of May2010.
according to my trusted source, the dividend is between be 6-8%.

so, pada kawan2 yang pernah invest Dana Al-$ofi melalui saya sekitar tahun 2008, jika nak withdraw duit sekarang, saya harap dapat bersabar untuk sedikit masa lagi, dan kita tunggu announcement dari pihak Apex berkaitan dividend ini. Sumber maklumat adalah dari pihak dalaman yg boleh dipercayai, cewah!
Bagi investor* yang pernah saya makluman telah memperoleh keuntungan melalui investment mereka sebelum ini, nampaknya dengan pengumuman dividend ini, keuntungan saudari telah meningkat lagi, Tahniah! *clap2
... dan syukurlah :)

My Plan? memandangkan saya sudah menjadi consultant PM, saya bercadanga... selepas menerima dividend melalui pelaburan saya di Apex, untuk withdraw keuntungan/keseluruhan(belum fikir habis lagi ni) investment di Apex dan invest di PM pula.. untuk centralize investment kaedahnya.. heheh

satu yang menarik tentang investment UT:
sekiranya sebelum dividend diumumkan, kita baru buka account UT investment/TOP UP investment, kita tetap menerima dividend tersebut.
(Note: UT adalah pelaburan wang dana terkumpul daripada banyak pelabur.)

Say, Final Year End bagi Dana PIEF sebagai contoh adalah pada 31May setiap tahun, katakan juga, kita hanya perlukan duit simpanan kita pada sekitar bulan October nanti, maka sekiranya kita invest duit kita sebelum tarikh 31May, kita layak untuk menerima dividend yang diumumkan... tanpa perlu menunggu setahun simpanan..
TETAPI harus dingat, NAV bagi sesuatu Dana UT bergantung kepada situasi pasaran saham semasa+objektif pelaburan+tahap risiko sesuatu dana terpilih tersebut. juga melibatkan 5.5% service charge :)
~tapi kalau dividend yang diperoleh boleh beat service charge tersebut; why not? ;)

Namun begitu untuk pelaburan jangka pendek, keuntungan yang diperoleh mungkin tidak se-gah jika kita melabur untuk jangka panjang ;)
-dalam UT, tiada istilah rugi jika anda invest dengan strategi yang betul, cumanya anda belum membuat keuntungan ;)

p/s: kepada semua investor Apex, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut, InsyaAllah consultant anda akan tetap menghubungi anda sekitar bulan May nanti ;)

Friday, March 26, 2010

Buku

Silalah baca2 buku yang mendatangkan manfaat seperti:

Tuesday, March 16, 2010

Video || Riba

Saya salah seorang pembaca maya yang suka blogger UZAR ini..
penjelasan beliau tentang hal kewangan Islam amat menarik dan sangat2 bermanfaat!

saya juga peminat maya blogger isteri UZAR...
gaya tulisan nya tentang pencarian Cinta yang Sejati begitu menginsafkan..  barangkali sejak2 menginjak dewasa, jadi kesedaran sudah tinggi, InsyaAllah.. 

Mari saksikan video penjelasan UZAR berkaitan Riba:


Zaharuddin Abdul Rahman - 20100221 Riba - Tanyalah Ustaz TV9 - 21 Feb 2010 from maktabaty.blogspot@gmail.com on Vimeo.

Sunday, March 14, 2010

Why PublicMutual?



Sila click entry pujian saya tentang PublicMutual:

PublicMutual Online

Antara sebab saya suka invest+jadi consultant PubMutual...
saya boleh monitor investment online tru PMO!
~faham2lah zaman pemalas online skrg ni.. segala menda nak cepat,malas dan senang tru internet jer.. We can access anytime/anywhere gitu selagi ade internet connection!

Basically PMO macam online-banking gak;
when investor sign up for PMO; investor be able to
  • view anytime/anywhere their Investment details [EPF/CASH] ~total accumulate units fund at current NAV price
  • Add their Investment (tru online banking)
  • Switching/Transfer fund

Ini adalah view front page we-we-we dot PublicMutualOnline dot com dot my

So macam mana nak sign up? seperti urusan meng-online-bankingkan Bank gaji anda:

Untuk saudara/saudari boleh access PMO; anda semua kena pergi sendiri ke mana-mana cawangan PubMutual dengan membawa bersama IC untuk tujuan pengesahan.
urusan ketika di branch sungguh mudah.
sekadar mengisi butir2 diperlukan di borang ini. after verification ID dah selesai - kita hanya perlu tunggu no pin dihantar ke alamat rumah; seterusnya kita dah boleh log in PMO - amik masa sekitar 2-3minggu.

Dibawah ni plak adalah main view menu Account Enquiry:
 p/s: eh kenapa saya ada 2 akaun yang berbeza untuk fund PCIF dan PIEF? will discuss more in next entry!
stay tune!

Saturday, March 13, 2010

PMO Campaign

Good BEST Offer!!!
~peluang untuk beli lebih banyak unit-unit amanah. 
Service charge discount to investor who sign up PMO and invest in PublicMutual within this offer period.

what is PublicMutualOnline? read my entry here... (do your UT investment online!)

Copy from C.W email notification:

"During PMO Campaign 2010 (15/3 - 30/6/2010), please take note of the service charge for cash investment and switching sales into (during the PMO Campaign period):
a)      New Fund(s) launched and
b)      Existing Funds.


Cash Investment/Switching Sales into New Fund(s) Launched
During PMO Campaign
Investment amount (RM)
Through Bank-In
Through PMO
1,000.00 – 4,999.99
5.50%
5.25%
5,000.00 – 9,999.99
5.25%
5.25%
10,000.00 and above
5.00%
5.00%



Cash Investment/Switching Sales into Existing Funds
During PMO Campaign
Investment amount (RM)
Through Bank-In
Through PMO
1,000.00 – 4,999.99
5.50%
5.25%
5,000.00 – 9,999.99
5.50%
5.25%
10,000.00 and above
5.50%
5.25%


Kerana saya juga investor UT seperti anda... maka ini adalah peluang yang sangat baik! jom invest jom!

Tuesday, March 2, 2010

Jom Zakat Jom

Harini saya terima surat dari PZM-Pusat-Zakat-Melaka
Sebelum ini, saya memang ada bercadang untuk menambah potongan gaji zakat saya; ..tapi dok busy ja
PZM telah memudahkan cara; saya hanya perlu mengisi borang dan menghantar semula menggunakan sampul surat yang disediakan tanpa menggunakan setem. 


"Kempen Menambah Caruman Zakat Melalui Potongan Gaji"
sungguh efisyen kaedah ini, sekurang2nya saya lebey lega kerana duit gaji yang saya terima dizakatkan secara automatik.. almaklumlah saya ni kadang2 'kaki ngular' gaks; so dengan membayar zakat-mohon padaNya disucikan mana2 yang 'berdebu' itu huhuhu

Disertakan kaedah pengiraan Zakat(hanya yang berkaitan) untuk rujukan kita bersama:
source: resit dari PZM
1)  Zakat Pendapatan/Penggajian: Ada beberapa kaedah; 2.5% dari pendapatan kasar.
 
untuk jadual di atas (sumber: e-zakat): jumlah zakat yang wajib dibayar untuk senario di atas adalah [RM17,200 X 2.5% = RM430]
jadi dengan andaian nilai yang sama untuk tahun berikutnya;
jadi bayaran zakat melalui potongan gaji hanya RM430/12 = RM36 sebulan.
sebenarnya kalau tak pasti, boleh tambahkan lagi bayaran sebulan zakat tu! biar terlebih; berbaloi2 untuk pelaburan di akhirat! InsyaAllah :)

2) Zakat Wang Simpanan:
A. Simpanan Tetap: - apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (iaitu lebih dari nilai 85gram emas); maka wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tersebut. [anggaran nilai nisab setakat feb2010: 85g X RM125= RM10,700]

B. Simpanan Biasa: - pengiraan adalah berdasarkan jumlah baki terendah sesuatu/beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun.

3) Zakat KWSP:
ada 2 kaedah pengiraan:

i) 2.5% atas KWSP yang dikeluarkan samada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan lain sebelum bersara.
ii) 2.5% atas KWSP bagi setiap pekerja berdasarkan penyata tahunan

4) Zakat Saham:
kaedah Pengiraan:
2.5% atas nilai terendah bagi semua saham yang dimiliki dalam tempoh setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham dan melebihi kadar nisab (RM10,000++)

nota kaki: sedang cari maklumat berkaitan 'Hukum dividen ASB'