Friday, December 16, 2011

Asset allocation

This is suggested percentage% Asset Allocation for Different Risk Investors Profile.
(do click here to check your risk profile)

ATTENTION!!!
Investment Objective : To Achieve Long Term Capital Growth
* with Above 3 Years Investment Horizon
AGGRESIVE RISK

CONSERVATIVE RISK

MODERATE RISK

Thursday, October 6, 2011

Bila sesuai Jual balik Fund?

Pendekatan yang Wajar Mengenai Bila Patut Membuat Belian Balik Dana Anda
Terdapat banyak nasihat mengenai mengapa dan bila kita patut membeli unit amanah. Tetapi dalam soal mengenai belian balik pula, mendapatkan masa yang tepat dan sebab yang wajar untuk berbuat demikian ternyata merupakan tugas yang sukar.
Unit amanah merupakan instrument-instrumen yang terbaik untuk individu dan perancang kewangan korporat disebabkan oleh harganya yang termampu, kecairan dan kefleksibelannya. Untuk pelaburan jangka sederhana hingga panjang, unit amanah sememangnya merupakan pilihan yang menarik. Jika dipilih dengan berhati-hati dan disokong dengan nasihat daripada pakar yang layak, unit amanah boleh memberikan anda pulangan yang lumayan pada paras risiko yang dapat diterima. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana unit amanah lain, kita perlu mengikuti garis panduan tertentu yang wajar tentang bila hendak memegang dan bila hendak melepaskannya.
Nasihat yang paling biasa ialah bermula melabur dengan awal, serta memberi pelaburan anda masa yang cukup untuk mengaut pulangannya. Tetapi bagaimana jika pasaran yang meruap menyebabkan anda mempertimbangkan untuk menukar dana ekuiti anda kepada dana bon dan pasaran wang? Keputusan yang anda buat akan bergantung kepada keadaan portfolio pelaburan, matlamat kewangan dan toleransi risiko anda. Bagaimanapun adalah penting untuk memastikan dahulu sebab yang bijak dan wajar untuk berbuat demikian. Berikut adalah antara isu-isu yang patut diambil kira apabila membuat keputusan untuk membuat belian balik pelaburan unit amanah.

Prestasi Dana
Sebab paling biasa untuk membuat belian balik unit amanah ialah apabila dana merekodkan kerugian bagi pelabur. Namun begitu, ramai pelabur membuat kesilapan membuat belian balik disebabkan oleh prestasi buruk yang dicatatkan dalam jangka pendek. Kemeruapan wujud dalam pasaran dan menilai prestasi dana dalam jangka pendek adalah satu kesilapan kerana pelabur unit amanah dikehendaki mengambil pandangan berjangka sederhana hingga panjang untuk mengaut potensi sepenuhnya pelaburan mereka. Jika prestasi dana anda terjejas oleh keadaan pasaran yang buruk, anda hendaklah tetap berfokus kepada prospek jangka panjang pelaburan anda dan menghindari daripada godaan untuk berasa cemas.
“Pelabur unit amanah patut sentiasa berfokus kepada mencapai matlamat pelaburan mereka dalam tempoh sederhana hingga panjang, iaitu selama tiga hingga lima tahun dan bukannya bimbang tentang pergerakan harian, mingguan atau bulanan pelaburan mereka,” kata seorang pengurus dana.

Penyimpangan dalam Gaya atau Objektif Dana
Setelah membuat peruntukan aset yang terperinci secara berhati-hati, pelabur patut memilih dana yang paling sesuai dengan strategi mereka, dengan mengambil kira objektif pulangan, jangka masa dan toleransi risiko. Membuat pilihan dana yang betul adalah penting kerana jika dana mengambil risiko yang lebih banyak daripada apa yang mampu anda tanggung, anda mungkin terpaksa membuat belian balik dana dan membeli dana yang lebih sesuai. Selain itu, jika dana menyimpang daripada objektif pelaburan atau gaya pelaburan asalnya, maka perubahan tersebut sudah pasti akan menjejaskan pelan peruntukan aset anda dan perlu dikaji semula. Dana yang mengubah objektif pelaburannya dengan ketara boleh menyebabkan prestasinya menyimpang daripada objektif dan risiko profil yang anda ingini. Justeru itu, adalah penting untuk mengingati sebab asal anda membeli sesuatu dana itu.
Perubahan pengurus dana juga boleh menjadi sebab kepada perubahan gaya pelaburan. Walau bagaimanapun, ia tidak memerlukan anda terus menjualnya. Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah memastikan pengurus baru itu mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menguruskan dana dengan objektif yang sama dan mengekalkan gaya pengurusan yang sama. Dana yang diuruskan oleh pasukan pengurusan yang stabil dan bereputasi baik selalunya akan mematuhi objektif dan gaya pelaburannya.

Sekiranya berlaku kecemasan
Oleh sebab unit amanah mudah dijual, pemegang unit boleh membuat belian balik kesemua atau sebahagian daripada unit mereka pada bila-bila hari perniagaan dan pengurus unit amanah akan membelinya. Ini bermakna sekiranya anda memerlukan wang, anda boleh menjual pelaburan dengan mudah. Kebanyakan unit amanah akan membenarkan anda menebus pelaburan anda pada sebarang hari perniagaan yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mencari alternatif kerana menebus dana boleh menyebabkan anda mengalami kerugian dalam jangka panjang – anda kehilangan manfaat pemurataan kos Ringgit serta faedah atas pokok dan faedah terkumpul. Bagi mereka yang benar-benar perlu menjual pelaburan mereka, pertimbangkan “kaedah kos purata” yang berupa menjual secara berperingkat-peringkat. Pelabur yang keluar dari kelas aset tertentu kemudiannya boleh perlahan-lahan beralih kepada tunai sebagai persediaan awal bagi menghadapi komitmen kewangan, misalnya perbelanjaan pendidikan.
Pokok pangkalnya ialah jika anda bercadang untuk membuat belian balik dana anda, pertimbangkan dahulu sebab-sebabnya dan pastikan ia berdasarkan pertimbangan yang bijak. Mengimbangkan semula portfolio anda berdasarkan keperluan atau situasi anda yang berubah sudah tentulah patut dibuat dengan kerap sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika anda merancang untuk membuat belian balik hanya kerana hendak bertukar kepada dana lain atau kerana anda bimbangkan keadaan pasaran, kawallah dorongan hati anda dan ingat prinsip-prinsip strategi peruntukan aset yang sesuai. Dana yang dipilih dengan bijak yang cukup pelbagai akan menolong anda mencapai matlamat pelaburan jangka panjang anda.
Untuk maklumat lanjut, sila dail Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual di 03-6207 5000 atau layari www.publicmutual.com.my.

Sunday, May 8, 2011

Kata-kata Hikmat

kuasa membeli kita sebagai pengguna semakin kecil..
dan kita harus semakin bijak merancang.
Kita mesti mula mengurangkan perbelanjaan dan menambah tabungan, atau kita boleh membuat pekerjaan sampingan, tetapi perlu dikawal dan dipastikan ianya tidak menjejaskan produktiviti pekerjaan utama...

dari Hj Mahzir Md Isa - hajat di Hati memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai...

Sunday, February 6, 2011

An interview...

Soklan asal dari link yg pngra post kat shoutbox...
sbb saya perasan saya CEO blog ni.. maka terus verangan ada org intebiu.. hahaha
so berikut adalah soklan2 yg ditanyakan:

1. Cik UTC sudah berapa lama menjual unit trust?
-Jual? Saya lulus CUTE test June 2008
dulu saya amik test matlamat #1 adalah ILMU investment via UT (sound poyos? try to read my experience in UT titled 'Kesilapan'). saya mmg tau as UTC akan dpt komisyen, tapi itu jatuh #2.
dah beberapa tahun buat UTC ni, attend short course bagai - bg saya komisyen tu tak seberapa pun.. tapi tetap syukur, sbb duit komisyen tu still saya bley rolling wat DDI fund saya gak..


2. Kalau kami beli dari Cik UTC, apa yang Cik UTC dapat?
-of course saya dapat komisyen dan itu melayakkan saya terus aktif as UTC
-so saya boleh beli borang utk submit borang
-saya boleh pergi kelas/short course UT utk dapat ilmu (UT-technical/sales)
-secara langsung atau tidak, saya boleh jumpa UTC2 lain -so masa lapang pun kurang.
-bila ada komisyen dari investment yg saya sendiri pun buat utk epf, saya punya service charge invest UT epf tru PM pun dapat dikurangkan secara tak langsung. apart of that, saya kenal financial korg dgn lebih rapat!

3. Kalau kami beli dari Cik UTC, apa yang kami dapat?
'saya juga investor seperti anda'.. owh itu adalah slogan blog ini.. wohaa
tak beli kat i pun takpe. u singgah blog ni bace blog i ni pun i feel happy.
i slalu encourage family/kawan2 i rancang kewangan utk masa depan.
i pilih2 org gak nak jual under i. as long as i can help u to invest UT with strategy, im too happy to do that. so kalau beli dari i, i akan akan usaha berkongsi maklumat2 yg i dapat bila attend short course(technical&sales)
- fees course tu pun secara tak langsung dari komisyen investment korg itu.. wohaa
kesimpulannya.. korg dapat tanya dari seremeh2 soklan hingga soklan2 ( UTC lain yg tak invest UT, tapi jual UT) tersembunyi dari korg..  kerana saya juga investor seperti anda!

4. Kalau kami untung macam Cik UTC cakap tu, apa Cik UTC dapat?
kalau korg untung, saya dapat... refer#2 and #3 wohaa!

5. Kalau kami rugi, apa Cik UTC dapat ?
apa maksud korg dgn rugi eh?
tapi kalau korg rugi gak.. sob... sob... saya dapat sedey... ini kerana korg yg memilih untuk rugi..
korg akan rugi kalau korg withdraw/repurchase investment bukan pada masa yg sesuai dgn portfolio investment korg..

6. Kenapa Cik UTC cadang kami beli dana A dan bukan dana B?
itu saya dah terangkan dalam entry 'risk profiler'

7. Kenapa Cik UTC cadangkan ringgit cost averaging (melabur setiap bulan atau 3 bulan sekali) dan apa yang Cik UTC dapat?
ini korg refer pada entry label 'RinggitCostAverage: RCA' (also read: DDI-'Diam-Diam-Invest')

8. Kenapa Cik UTC cadangkan dollar cost averaging dan apa yang kami dapat ?
sama macam #7, saya simpulkan disini:
purata harga seunit UT dapat direndahkan oleh kerana turun naik pasaran yg diluar kawalan kita... but as long as we make it medium to long term, DCA is one of the investment/savings strategy for those who have time constraint

9. Kami baru beli buat kali pertama, boleh tak kami batalkan pembelian kami bila-bila masa?
boleh jer.. dalam tempoh 7hari* pembatalan adalah free dari service charge (ni saya kena tgk prospectus jap)

10. Betul ke kami boleh dapat pulangan yang macam Cik UTC tunjukkan tu?
dgn strategy yg betul, pulangan adalah sekitar 10-12% untuk medium to long term investment..
bagi kurang dari 3 tahun investment PM dgn saya, saya tak janji keuntungan sebegitu.
(anggap saja sbg 'bonus' kalau dalam kurang 3tahun anda menerima pulangan melebihi yg saya tunjukkan itu)
dan yes, korg boleh dapat - dengan strategy yg betul. rujuk 'RCA'


11. Dana yang Cik UTC cadangkan kepada kami ni, melabur di mana dan apakah risiko saya ambil?
ini saya kena tunjuk prospectus, sbb saya tak hafal - dalam prospectus mmg complete ada citer pasal ni.. meh kite tgk sama2.. kalau korg willing to take the risk, jangan segan2 invest with me yer... wohaa

12. Potensi keuntungan yang Cik UTC tunjuk kepada kami ni, adalah keuntungan bersih atau keuntungan kasar (belum tolak fi jualan, fi pengurusan dan lain-lain)
selalunya potensi keuntungan kasar, ..tapi kalau yg saya send statement kat client saya tu adalah update statement account UT semasa yg siap dengan keuntungan bersih

13. Kenapa Cik UTC cadangkan kami melabur selama x tahun ?
refer #10. sbb pelaburan yg korg buat ni adalah utk mencapai impian, dreams and goal korg untuk jangkamasa yg korg impikan.. so berapa lama tempoh korg rasa korg nak set to achieved all the dreams/goals?
eg; child education, haji or retirement

14. Apa lagi kos-kos yang perlu kami tahu ?
selain service charge cost as mention in prospectus, kos air liur saya bley consider skali tak? :P

15. Betul kah sekarang masa yang sesuai untuk melabur ? Kenapa ?
Masa ni sebenarnye bergantung pada objektif yg korg tetapkan dan tempoh pelaburan yg korg sedia terima. kalau tak sekarang, korg rasa bila masa korg sesuai utk melabur? (nantikan entry bila masa yg sesuai utk melabur)

Thursday, January 20, 2011

Kesilapan

tujuan blog ini, adalah berkongsi info dgn client saya dan pembaca yg singgah ke blog ini secara sengaja ataupun tidak.
jadi kalini saya nak berkongsi 'kesilapan' yg telah saya lakukan.. dan harap ini tidak akan berulang..
..bukankah suatu yg bagus, jika kita dapat belajar sesuatu dari kesilapan yg lalu...? hehehe

kesah bermula sekitar penghujung 2007, saya mempunyai lebihan cash yg boleh tahan banyak..

jadi saya sangat excited utk 'melabur' di UT tanpa memahami sepenuhnya apa maksud pelaburan dgn UT itu.. sudahnya saya telah dilamar oleh seorang ejen/jurujual UT yg sediakan platform pelaburan.. wah mmg yg indah2 nampaknya...

kesalahan #1 saya, saya berperasaan 'excited'-dgn-duit2-yg-perasan-saja-terlebey2 itu.. rules #1: dont feeling with your cash! feeling saving is fine, but feeling spending is dangerous occay!

kesalahan #2, hanya lihat past performance of the fund - bila check fund performance kat website PM then tertarik sbb graph fund tu sentiasa menaik dan dimomokkan yg ekonomi ketika itu akan terus menaik, jadi saya setuju dengan ejen tu.. kesimpulan? saya kurang research dgn fund/UT knowledge itself maka senang kena momok!

kesalahan #3, ini mungkin tidak ketara, tapi saya telah jd sedikit tamak, maka dari duit yg saya peruntukan hanya utk invest, saya telah tambah lagi investment hingga TERgunakan sedikit dari duit tabung emergency saya

saya hanya sedar... selepas saya involve dgn relationship investment tersebut...
dan ketika itu.. saya jadi *speachless*... blur...sehinggalah saya diberi pendedahan tentang 'the-invest-ment-clock ini'..
source: http://www.boursecommunications.com.au
investment saya yg pertama tru UT (sekitar hujung 2007) adalah ketika 'investment clock needle' pada #12. yesh.. itu time the bloom market!
pastu..
market falling... harge UT pun jadi murah...

dan berlakulah kesalahan #4 (yg gabung ketiga-tiga kesalahan di atas);
saya feeling takut plak kalini.. maka bila UTC suh saya tambah investment.. saya ingat dia nak 'membunuh' saya! kesalahan saya yg saya sedar, saya mmg tahu harga murah patut beli, tapi saya takut nak beli, sbb takut makin rugi n rugi n rugi..

"The market is normal.. but people do acting abnormal towards market" -takingatauthor-

tersedar dgn kesalahan2 yg dilakukan... makanya saya mengorak langkah dgn cuba memahami 'kesilapan'.. bukankah suatu yg bagus jika kita dapat belajar dari kesilapan lalu? 

maka inilah risiko bila invest UT.. the market performance is out of our control..but we suppose can control our investment strategy...

maka apa yg saya buat utk memperbaiki kesilapan sekaligus portfolio investment saya?
nantikan sambungan siarannya nanti.. :)

Saturday, January 1, 2011

Mukadimah Januari2011

dalam membuat sebarang investment.
perkara asas yg perlu tahu sebagai seorg (bakal) investor adalah pengetahuan pelaburan (investment knowledge) itu sendiri. utk ini, setiap individu yg ingin membuat pelaburan, perlu membuat sedikit penyelidikan tentang instrumen pelaburan yg mereka pilih itu.

ramai org sekarang.
hanya mahu kaya dalam masa yg singkat tanpa buat apa-apa!
dan ini menyebabkan mereka mengabaikan perkara asas dalam membuat pelaburan tersebut.
ini menyebabkan mereka melabur ikut nafsu bukan akal dan fikiran!

setiap pelaburan ada risiko! dan apa yg kita (bakal) investor perlu tahu, adalah cara menghadapi risiko tersebut! kerana itu, penyelidikan sebelum melabur adalah suatu yg boleh dikatakan sbg strategi utk menjadi 'smart investor!'

adalah sesuatu yg TIPU kalau ada org datang pada kita, dengan membawa pelaburan cap XXX yg menawarkan keuntungan lebih>100% tanpa berbuat apa-apa dalam masa hanya kurang sebulan!
sound familiar?
yes. ala2 skim cepat kaya!

jangan tertipu dengan mereka. jika mereka dtg dalam bunyi begitu, sila tanyakan kembali..
'Apakah RISIKO yg saya akan hadapi dengan pelaburan saya ini?'

anda rasa apa agaknya jawapan dari ejen skim cepat kaya ini?

to be continued

p/s:
namun begitu, sikap terlalu berhati-hati dengan pelaburan juga bukanlah suatu yg bijak. afterall, we have to invest smart!


in a way to invest smart, we have to understand and have knowledge in our investment!

nota kaki:
buat scheduled entry plan keluarkan 1Jan2011, tapi tahun tak tukar. maka jadilah 2010 gak. haishhh!