Saturday, January 1, 2011

Mukadimah Januari2011

dalam membuat sebarang investment.
perkara asas yg perlu tahu sebagai seorg (bakal) investor adalah pengetahuan pelaburan (investment knowledge) itu sendiri. utk ini, setiap individu yg ingin membuat pelaburan, perlu membuat sedikit penyelidikan tentang instrumen pelaburan yg mereka pilih itu.

ramai org sekarang.
hanya mahu kaya dalam masa yg singkat tanpa buat apa-apa!
dan ini menyebabkan mereka mengabaikan perkara asas dalam membuat pelaburan tersebut.
ini menyebabkan mereka melabur ikut nafsu bukan akal dan fikiran!

setiap pelaburan ada risiko! dan apa yg kita (bakal) investor perlu tahu, adalah cara menghadapi risiko tersebut! kerana itu, penyelidikan sebelum melabur adalah suatu yg boleh dikatakan sbg strategi utk menjadi 'smart investor!'

adalah sesuatu yg TIPU kalau ada org datang pada kita, dengan membawa pelaburan cap XXX yg menawarkan keuntungan lebih>100% tanpa berbuat apa-apa dalam masa hanya kurang sebulan!
sound familiar?
yes. ala2 skim cepat kaya!

jangan tertipu dengan mereka. jika mereka dtg dalam bunyi begitu, sila tanyakan kembali..
'Apakah RISIKO yg saya akan hadapi dengan pelaburan saya ini?'

anda rasa apa agaknya jawapan dari ejen skim cepat kaya ini?

to be continued

p/s:
namun begitu, sikap terlalu berhati-hati dengan pelaburan juga bukanlah suatu yg bijak. afterall, we have to invest smart!


in a way to invest smart, we have to understand and have knowledge in our investment!

nota kaki:
buat scheduled entry plan keluarkan 1Jan2011, tapi tahun tak tukar. maka jadilah 2010 gak. haishhh!

No comments: