Saturday, April 17, 2010

Jom Tulis Wasiat

peh title entry saya kalini tak boleh blah!
jadi saya nak tanya pembaca sekalian. apa persepsi anda berkaitan penulisan WASIAT.

antara jawapan2 cliche masyarat melayu malaysia:
Mr A: tulis wasiat untuk orang yg dah nak mati saje..
pn B: err saya punya hutang (liabilities) lebih banyak dari aset lah...
cik C: tulis wasit? leceh! buang masa jerr
en D: kena caj kan? bazir duitje!

well, dibawah adalah jawapan balas utk A,B,C dan D

jawapan saya berasaskan pengetahun yang diperoleh sesama ceramah itu disokong oleh info2 yg saya peroleh dari bacaan lain. dan selepas menghadiri Ceramah penulisan wasiat di PM MLK branch awal april yang lalu. ceramah disampaikan oleh En-Syuhaib-Ithnin dari PB Financial Planning Centre.

utk MR A;
kita hidup di dunia ni hanya tahu tarikh kelahiran, tapi tidak tarikh kematian.. maka bersedialah, kerana wasiat termasuk sebahagian kitaran pengurusan kewangan, selagi kita termasuk dalam kelompok:
1. Individu yang mempunyai Aset juga Liabilities
2. Individu yang mempunyai tanggungan spt isteri,anak2,ibu bapa, menjaga org2 kurang upaya

dalam Islam sendiri menulis wasiat hukumnya adalah Sunat Muakkad (amat digalakkan)
dan untuk menjawab soalan pn B;
maka hukum menulis wasiat adalah WAJIB bagi orang yang berhutang.
"Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu. Bagi mereka yang tidak mampu melangsaikan hutang sehingga dia meninggal dunia, maka hutang itu menjadi tanggung-jawab Baitulmal seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w."

so apa peranan WASIAT dalam menyelesaikan hutang?
Ada ulamak berpendapat, tanggung jawab membayar hutang berpindah kepada waris si-mati!

Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
- Surah Al Baqarah (280)
~baca entry tulisan NorlizaZubir ini utk maklumat lebih lanjut tentang hutang yer Pn B.

untuk Cik C dan en D; saya akan huraikan sebahagian lagi kebaikan menulis wasiat dalam entry berikutnya!

antara yang menarik untuk entry akan datang;
-Harta Sepencarian: isteri boleh claim max 50% dari total harta suami!
-Tiada Wasiat? banyak harta pusaka tidak dituntut di Amanah Raya.
-Melayu rugi RM38billion* kerana banyak urusan tanah pusaka tidak dapat dimajukan!
-salah agih harta, termakan Harta Haram!

No comments: